Archive for the ‘Kisah Suzuki Shogun 125’ Category

Convert to monoschock

Monoschock installed - looks sporty yet comfortable

 This is the last and final modification that I did on this bike. I’m satisfied about the comfort ride it gives because I set it to soft, so it absorbs all the bumps and small holes on the road. But this setting is not suitable for racing.

 

Carburetor

cara pasang carb

Disini saya ingin menunjukkan cara untuk memasang carburetor Mikuni VM22 atau orang biasa panggil carburetor TS. Carburetor asal ialah Mikuni VM18 lebih kecil daripada yang ini. Harganya dalan RM250 la sebab original made in Japan. Intake manifold tu kena buat lubang skru lain bertindan dengan lubang asal supaya muat nak masuk skrunya. (tak nampak dalam gambar)

Kerja-kerja ini di buat oleh mekanik dari Chua Motor, Ah Hong namanya.

Dari depan

Apabila throttle di buka

Air filter dipasang kemas

Stainless steel net bikin sendiri

Sebelum bawak ke bengkel saya dah modified siap kotak air filter dan element penapisnya. Ini penting sebab saya dah pakai carb ni kat moto MZ MantizZ125 tanpa air filter, bila hujan, air masuk, kalau tak hujan kotoran lain banyak masuk dan boleh merosakkan enjin. Lagipun motor ni bukan guna kat litar lumba, tapi nak pakai selalu dan nak dia tahan lama with low maintanence cost. Proses memasang air filter ni agak mudah, cuma luaskan sikit mulut nya yang asal. Lepastu potong kartrij kertas penapis asal, buang dan gantikan dengan stainless steel net, lekatkan guna super glue. Siap.

Di sebalik net tu...

Lubang tu kana buat ngam

Bila dah tutup nampak original, tu yang penting.

 

Model baru Suzuki

Januari 2007 saya telah membeli sebuah motosikal Suzuki Shogun 125 Sports di sebuah kedai motosikal di Tmn Malawati berhampiran dengan SM Sains Kuala Selangor. Masa tu saya baru kerja dan memerlukan sebuah motosikal untuk berulang-alik dari rumah, Klang ke Kuala Selangor. Jarak perjalanan adalah 55 km sehala. So sehari saya akan menunggang sejauh 110 km.

Sebab saya memilih model ini bukan kerana ia laju, tapi ada beberapa ciri yang memenuhi keperluan, citarasa serta hobi untuk membuat modifikasi. Ciri pertama mesti enjin 4 lejang 125 cc ke 150 cc. 110 cc saya tolak sebab agak kecil dan kurang power.  Saya dah puas pakai enjin 2 lejang Y125ZR waktu saya belajar di UIA dulu. Memang laju motor tu dan sesuai untuk orang bujang. Bila dah ada anak  isteri ni elok tukar 4T.

Tapi saya tak pilih 135LC, motor hot dan banyak kes kena curi. Enjin 4 lejang keluaran Modenas pula ada sedikit problem, mekanik saya pun tak recomend model baru Exite130. So saya tengok antara Suzuki dan Honda. Kalau nak jimat petrol enjin Wave 100/125 lebih jimat. Tapi kalau dah tukar karburetor besar motor apa pun tak jimat petrol jugak. So saya pilih Suzuki. Masa tu model Shogun Pro dah keluar di Thailand, tapi saya tak mau beli yang ada klutch sebab nak guna untuk bawak anak bersiar-siar. Lagi satu yang ada klutch ni orang perempuan susah nak bawak.

Untuk kegunaan saya ke tempat kerja, moto ni mesti ada raga yang besar dan ruang di bawah tempat duduk yang besar. Bawah seat saya simpan baju & seluar  hujan, plastik, kain buruk, tools yang lengkap untuk membuka tayar, vest keselamatan, dan rantai besi. Dalam raga saya letak beg dan kadang-kadang laptop sekolah. Laptop PPSMI fasa yang awal ni besar dan berat so kalau raga LC, Exite, Wave, ke tak muat la. Sebenarnya raga Shogun ni tak besar jugak tapi tahun 2008 Shogun RR keluar dan raganya besar macam RG Sports punya. Kebetulan maunting nya sama, so saya tukar la raga ni. Sesetengah motor bila kita tukar raga yang besar, dia jadi tak ngam dan tak boleh nak angkat seat dan biar seat tu stay tegak. Biasa terjadi pada Kriss.  Ada orang pasang box. Saya memang tak akan pasang box di belakang sebab tak sporty dan mengganggu kestabilan motor. Lagi pun saya dah beli RG Sport punya pemegang belakang aloi dan lengkap dengan lampu brek. Dulu masa zaman Y110ss pemegang jenis ni sangat popular, RG dan Kriss pun pakai yang local punya la.