Oct 18

2nd Ride & Camp To Ulu Geroh

2nd Ride & Camp To Ulu Geroh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca semua terutama para pelajar SMSKB yang mengenali cikgu Ibrahim. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman Ride & Camp To Ulu Geroh, Gopeng, Perak.

Photo Credit to Saharudin Jumali

Gua Tempurung

Photo Credit to Rashidin

Latar belakang Gunung Tempurung.

My Triumph Tiger 800 with Givi e43nml top box

Photo Credit to Saharudin Jumali

Kali ini motor saya terlekat dalam pasir ketika melalui anak sungai. Saya agak slow masa ni so moto lost momentum dan roda depan jadi berat dan itu lah sebab kenapa boleh tenggelam dalam pasir berair ni. Nak kedepan tak boleh. Kena tarik ke belakang. Kami berempat semua kena tarik barulah boleh keluarkan moto ni. Kayu tu saja try nak angkat tapi tak terangkat. Kayu pulak yang patah. So lain kali ingat kawasan berpasir lembut kena jaga jangan slow sangat.

Photo Credit to Saharudin Jumali

Alhamdulillah sempat menunaikan solat sunat dhuha dan menikmati keindahan alam. Photo Credit to Saharudin Jumali

 

My Tiger 800 & Shah Super Tenere xt1200z

Untuk mengetahui lebih terperinci mengenai ride & camp ke Ulu Geroh ini, sila ke blog Rashidin di http://myridinguniverse.blogspot.my/2017/10/

Terima Kasih.

 

Oct 06

First Ride & Camp To Pos Titom

First Ride & Camp To Pos Titom

Tarikh: 29 – 30 Julai 2017.

Tempat: Pos Titom, Pahang.

Setelah setahun bertukar ke Triumph Tiger 800 pada Mac 2016 yang lalu, saya memberanikan diri untuk melakukan adventure ride buat pertama kali. Saya diajak join ride masuk hutan off-road ni oleh kawan UIA saya, Rashidin. Beliau banyak pengalaman yang dicatatkan di blog ini  http://myridinguniverse.blogspot.my/ Beliau juga merupakan admin untuk group DP Ride & Camp.

Berehat di R&R Betau

Oleh kerana saya bertolak lambat, dalam pukul 2.00 pm baru nak sampai R&R Betau, solat jamak qasar dan minum Cinch Energy Tea Shaklee boleh dapatkan di www.winawellness.com untuk kembali bertenaga semula. Semua dah masuk dan mereka ingat saya tak jadi ikut. Nak call / whatsapp tak dapat sebab takde line kat campsite tu. So saya redah je masuk sorang.

Jatuh, nasib ada pakcik Rahim tolong.

Dengan bantuan dua orang orang asli yang kebetulan lalu saya di bawa dengan selamat sehingga sampai ke tapak perkhemahan.

Triumph Tiger 800

Selamat sampai di Pos Titom

Khemah di taja oleh SMSKB.

 

On the way balik.

Foto oleh Rashidin

River Crossing. Foto oleh Rashidin.

Triumph Tiger 800 Pos Titom

Selamat keluar.

Nak tahu lebih lagi mengenai ride ini sila ke http://myridinguniverse.blogspot.my/2017/07/. Terima kasih.

 

Oct 20

F1 Team Rapidash 2013

Gambar gambar pasukan Rapidash SMSKB

F1 in Schools, Rapidash, SMSKB

Peserta SMSKB & SMK Matang Jaya

 

SM Sains Kepala Batas, SMK Matang Jaya

Rapidash 2013

 

F1 in Schools

Kereta Rapidash

Nov 18

F1 Team Mercurial 2014

Tahun ini F1 in Schools Team Mercurial SMSKB menyertai pertandingan F1 in Schools Technology Challenge peringkat negeri yang diadakan di SMK Dato Hj Ahmad Badawi pada 27-29 April 2014 yang lalu.

Mercurial, SMSKB

Booth dan Pit Display

Kejayaan mereka kali ini ada sedikit peningkatan dari tahun lepas. Outstanding Sportmanship Award kira hebat jugak mereka ni last minute punya preparation.

Mercurial, SMSKB

Kereta Kecil Warna Merah

Tahniah buat pasukan Mercurial.

Mercurial

Race Day

Mercurial

Kursus Solid Edge

 

Nov 11

Minyak Ikan Baik Untuk Otak

Minyak Ikan Baik Untuk Otak

     Sejak kecil lagi saya minum minyak ikan dan saya pasti anda juga mempunyai pengalaman yang sama juga. Memang pada masa tu mak dan ayah tak pernah tinggalkan botol kosong habis jer mesti beli,warnanya putih dan ada bau sedikit hanyir. Tapi disebabkan nak pandai memang makan juga tanpa bantahan. Alhamdulillah bermula dari zaman kanak-kanak itulah kami konsisten makan sehingga ke sekolah menengah dan mencuba sendiri pelbagai jenama lain sewaktu di universiti .

DHA UNTUK MINDA,OMEGA GUARD SHAKLEE, TESTIMONI OMEGA,minyak ikan untuk minda,Shaklee kepala batas, shaklee bertam,shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra , shaklee pulau pinang, shaklee penaga,shaklee sungai petani, shaklee seberang jaya, shaklee butterwoth, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, shaklee malaysia

Banyak jenama minyak ikan dipasaran sekarang.Persoalannya minyak ikan jenama apa yang terbaik???

Jika saya memang akan memilih Omega Guard  Shaklee

Sebab yang pertama Omega Guard Shaklee  mengandungi 540mg EPA, 360mg DHA berbanding jenama lain.

Sebab yang kedua keistimewaa Omega Guard Shaklee  yang mungkin tidak ada pada jenama lain adalah cara penyulingan untuk mengekstrak minyak ikan ni. Ya, jika proses penyulingan ini tidak begitu diambil berat maka sesetengah nutrien akan dimusnahkan tapi yang lebih ditakuti adalah tidak dapat menapis kandungan logam/merkuri yg membahayakan kesihatan.

Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga(3) molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan semulajadi iaitu  satu proses yang mahal dan tak semua jenama buat proses ni. Waaah.. Patutlah yg terbaik! :

Proses penyulingan berperingkat untuk menghasilkan Omega Guard Shaklee yang berkualiti dan baik kepada kesihatan manusia.

1. Proses menyingkirkan logam berat dan pencemaran lain.

2. Proses mengurangkan proses oksidasi & trans-lemak.

3. Proses mengurangkan bau & rasa ikan.

     Jadi, seperti yang kita ketahui perkembangan otak anak (sel2 saraf) memerlukan omega 3 (DHA &EPA). Umur yg kritikal adalah sejak 0 sehingga 6 tahun. Oleh itu,wajar diberikan Omega Guard kepada anak anda hari ini supaya sel-sel otak berhubung dan lebih cepat proses pembelajaran berlaku.

Selain itu Ibu-ibu  mengandung dan menyusukan anak juga sangat digalakkan mengambil Omega Guard supaya rangsangan dapat diberikan pada tahap yang lebih awal.

Siapa tak nak anaknya lebih bijak kan?

Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:

  • Meningkatkan daya fokus
  • Perkembangan otak yang baik
  • Menajamkan penglihatan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mencegah ekzema
  • Mencegah masalah selsema dan batuk anak-anak.

Mahu dapatkan Omega Guard Shaklee?

DHA UNTUK MINDA,OMEGA GUARD SHAKLEE, TESTIMONI OMEGA

HASIL KAJIAN PENYELIDIK UNIVERSITI OXFORD

MINYAK IKAN BAIK UNTUK OTAK

Penyelidik Kanan Universiti Oxford, Dr. Alex Richardson berkata, makanan tambahan omega-3 terbukti : Dapat meningkatkan kemampuan membaca terutamanya kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran.

Malahan ia mampu meningkatkan perhatian kanak-kanak hiperaktif, disleksia serta individu yang berdepan masalah gangguan perkembangan koordinasi.  Perlu diingat, kesannya adalah semulajadi. Maka ia mengambil masa untuk berkesan dan ibu bapa haruslah bersabar menunggu perubahan pada anak-anak.

DHA UNTUK MINDA,OMEGA GUARD SHAKLEE, TESTIMONI OMEGA

 

Sekian sahaja perkongsian MINYAK IKAN BAIK UNTUK OTAK . Semoga anda dapat manfaat dari perkongsian ini

“Hidup Sihat, Keluarga Ceria Insha Allah.”

Terima Kasih diatas kunjungan dan masa anda dan saya doakan kesihatan anda 

Nov 09

Susu Soya Paling Selamat

Susu Soya Paling Selamat

Anda suka minum susu soya?

Jika tanya saya memang inilah minuman kegemaran saya sejak kecil hingga sekarang menjadi minuman wajib kami sekeluraga. Sehari tak  minum rasa tak lengkap dan tak puas ..sehari terlupa rasa tak lengkap kerana keenakkan minuman  soya ini. Anak- anak juga sukakannya dan pilihan mereka  boleh diminum suam ataupun sejuk.

ESP soya shaklee

Baguskah minuman soya ini untuk kesihatan?

Jika tanya saya jawapannya amat bagus sebabnya  kacang soya adalah  sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya.

Banyak sangat soya dipasaran tapi bagaiaman memilih susu soya paling selamat 

Sebelum saya pilih minuman susu soya banyak perkara penting yang saya sendiri kena ambil tahu kerana makanan dan minuman itu akan masuk ke dalam sistem badan saya . Jangan kita sekadar minuman dan tak tahu kesan buruk dan baik .

Perkara WAJIB untuk untuk penggemar susu soya tahu ialah:

Kacang soya merupakan tanaman yang genetiknya sedang diubahsuai, dan GMO kacang soya digunakan dalam penghasilan yang semakin meningkat. Ketika ini, 80% daripada kesemua kacang soya yang ditanam bagi pasaran perdagangan adalah diubahsuai secara genetik.

Apa itu GMO?

Organisma terubah suai secara genetik (genetically modified organism atau GMO) adalah organisma yang bahan genetiknya telah diubahsuai dengan menggunakan teknik, dalam bidang genetik, biasanya dikenali sebagai teknologi penyatuan semula DNA. Teknologi penyatuan semula DNA adalah keupayaan untuk mengabung molekul DNAdaripada pelbagai sumber menjadi satu rantaian molekul dalam tiub pengujian.

Setiap hari, kita memerlukan makanan untuk tumbesaran tubuh badan agar beroleh kesihatan yang baik. Apabila makanan yang diambil telah dicemari oleh bahan-bahan kimia lain atau perubahan genetik dalam makanan tersebut, bagaimana untuk pastikan  makanan yang diambil adalah selamat?. Ini tidak termasuk lagi pengambilan makanan yang penuh dengan bahan pengawet atau perisa yang memberi kesan tidak baik pada kesihatan..

Nutrition-10-top-GMO-edit

Bila lihat betapa banyaknya produk GMO ini saangat menakutkan.Namun begitu syukurlah susu soya pilihan kami sekeluarga adalah ESP Shaklee yang tidak diubah genetiknya  sebab itulah ESP adalah susu soya paling selamat 

Shaklee kepala batas, shaklee bertam,shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra , shaklee pulau pinang, shaklee penaga,shaklee sungai petani, shaklee seberang jaya, shaklee butterwoth, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, shaklee malaysiaESP SHAKLEE,ESP NON GMO,KEBAIAKN ESP SHAKLEE,KEBAIKAN SOYA ,TESTIMONI ESP ,

Apa perbezaan ESP Shaklee?

      Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal tahun 1970-an. Tahun berganti tahun, sehingga kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

          ESP (Energizing Soy Protein) ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan daripada tumbuhan. ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee hanya mengandungi kacang soya yang tidak diubah genetiknya, “non-GMO” (non-Genetically Modified Organism), yang diproses pada tahap suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850 g (satu tin ESP Soy Protein Isolate Powder) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

          ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk didalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. la turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur- tua dan muda. Manakala, Indeks Glisemik (G.I.) ESP Soy Protein Isolate Powder yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

  Satu hidangan ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Apa pula pilihan anda? Buatlah Pilihan makanan dan minuman terbaik untuk kesihatan keluarga anda

 Sekian sahaja perkongsian Susu Soya Paling Selamat . Semoga anda dapat manfaat dari perkongsian ini

“Hidup Sihat, Keluarga Ceria Insha Allah.”

Terima Kasih diatas kunjungan dan masa anda dan saya doakan kesihatan anda 

Sumber: www.winawellness.com

Oct 27

Nutrisi untuk Sistem Imun

Nutrisi untuk Sistem Imun

Setiap individu mempunyai “doktornya “sendiri dalam tubuh masing -masing.Sama ada anda sedang cuba  mengelak atau memulihkan penyakit ,sistem imun anda sebenarnya ialah kubu pertahanan utama anda.Sangat penting untuk memeliharanya supaya ianya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Ramai yang selalu menghadapi  masalah sistem imun atau sistem pertahanan badan yang rendah untuk melawan penyakit .Oleh itu apa yang perlu kita lakukan ialah mengambil makanan berzat, sama ada mikro atau makro .

Apakah Zat Makro

– Zat Makro adalah sumber nutrisi yang mengandungi  Protein ,Lemak dan Karbohidrat.

Apakah Zat Mikro

– Zat Mikro adalah sumber nutrisi dalam bentuk serat, vitamin dan mineral.

Kesemua nutrisi ini diperlukan untuk menghasilkan sel- sel baru dan membekalkan sumber tenaga supaya sistem imun dapat berfungsi dengan baik agar dapat mencegah kehadiran penyakit.

Apakah Nutrisi untuk Sistem Imun?

1) Mineral Zink dan selenium 

2)Omega 3

3)Vitamin C 

4) Vitamin B Complex 

5) Vitamin E 

6) Nutriferon 

Apabila sistem imun anda diserang maka :

1) Kematian disebabkan oleh penyakit berjangkit antara usia 25-44 tahun meningkat enam kali ganda.

2) Menjelang tahu 2017 peluang anda untuk mendapat kanser dijangka melebihi 50%

3) 50 000 tan antibiotik digunakan setiap tahun diseluruh dunia ke atas manusia,binatang atau tumbuh- tumbuhan .

4) Satu dalam nisbah 3 orang menghidap alahan .

5) Kita mengalami selsema secara purata 3 kali setahun.

balanced-immune-system-600x417

Sekian sahaja perkongsian Nutrisi Untuk Sistem Imun .Semoga anda dapat manfaat dari perkongsian ini

“Hidup Sihat, Keluarga Ceria Insha Allah.”

Terima Kasih diatas kunjungan anda dan saya doakan kesihatan anda 

Sumber: www.winawellness.com

Jan 16

F1 Team Flabbergast 2012

Pertama kali dalam sejarah SMSKB menyertai pertandingan F1 in Schools peringkat negeri dan Zon Utara adalah pada tahun 2012.

Pasukan F1 in Schools SM Sains Kepala Batas, Syahirah, Arifah, Ibrahim, Siti Syadiyah, Aqilah Nasuha

F1 in Schools Team FLABBERGAST

Kejayaan peringkat Zon Utara: Best New Comer Award

Lokasi: Star Parade, Alor Setar, Kedah.

 

Kursus Solid Edge

Balsa Wood, Kursus Solid Edge

Khusyuk diaorang ni..

Kursus Solid Edge

Tu design Cikgu Ibrahim ye..Nanti kamu edit ok.

Lokasi: BTPN Pulau Pinang.

Feb 21

Ride to UUM

From IIUM Engineering to UUM Information Technology

Apr 20

Two Brothers Titanium Muffler

My next modification was to install this muffler on my exhaust system. Work still in progress…

At my mother’s kampung

This is slip-on Two Brothers Titanium muffler with custom made exhaust pipe welded to the original twobros stainless steel pipe.

The oxygen sensor is still use by custom made the hole using similar size nut. Maybe if I have time I will change to full stainless steel pipe. But for now the looks is good and sounds very good. For normal traveling the P1-x powertip is used to reduce the sound by 8 dB.

I like the muffler like this.

Older posts «